1. Dari sayyidina Ali: Baginda Rasulullah SAW
maksudnya:
Apabila datang malam nisfu sya’ban maka
beribadahlah di malamnya dan puasalah di siang harinya sesungguhnya Allah
menurunkan rahmatNya dan para Malaikatnya pada malam itu dan berkata siapa yang
minta rezeki ku beri, siapa meminta keselamatan aku pelihara, siapa yang hendak
sesuatu maka akan ku kabulkan sampai terbit fajar.
2. Dari Muaz bin jabal, Bersabda baginda
RasulullahuSAW maksudnya:
Pada malam nisfu sya’ban menurunkan Allah akan
RahmatNYA dan para malaikatnya maka mengampuni Allah akan Dosa-dosa hambanya.
Di riwayatkan bahawa pemindahan semua perkara dari
lauhil mahfuz pada malam nisfu sya’ban dan selesai pada malam lailatul Qadar Di
serahkan urusan rezeki pada Malaikat Mikail urusan perang/gempa/bencana pada
Malaikat Jibril , urusan amal pada Malaikat penghulu langit dunia dan urusan
Musibah pada Malaikat maut.
3. Daripada sayyidah Aisyah berkata:
Malam nisfu sya’ban aku terbagun dan rasulullah
tidak ada di sampingku maka aku cari dan ternyata baginda ada di pekuburan
sambil memandang ke langit kemudian berkata sungguh Allah menurunkan rahmatNya
dan MalaikatNya ke langit dunia pada malam nisfu sya’ban dan mengampuni dosa
hambanya
4. Daripada Sayidah Aisyah berkata:
Rasulullah berdiri sembahyang dan kemudian sujud
sangat lama sehingga aku menyangka beginda telah wafat. Was – was aku melihat
sedemikian maka aku gerak-gerakan hujung kaki beliau maka bergeraklah. Kemudian aku kembali ke rumah dan ketika
beginda selesai dari sembahyang, Baginda
datang dan berkata: ” tahukah kamu malam apakah ini?
Berkata Aisyah: Allah dan Rasulnya yang lebih tahu
Berkata Baginda : Malam ini adalah malam Nisfu
sya’ban sesungguhnya Allah Memandang dan mengampuni Hamba-hambanya pada malam
ini.
5. Dari Naufal al bakali bahwasanya:
Sayidina Ali keluar rumah pada malam nisfu sya’ban
dan memandang kelangit sambil berkata keluar pada malam nisfu sya’ban nabiullah
Daud alaihissalam dan memandang kelangit dan berkata Ya Allah sesungguhnya malam
ini adalah malam mustajab do’a tidak berdo’a seseorang melainkan engkau
kabulkan.
6. Diriwayatkan dari Ka’ab al ahbar berkata:
Sesungguhnya Allah Mengutus malaikat Jibril pada
malam nisfu sya’ban ke syurga dan memerintahkan
dihiaskan syurga. Allah melepaskan
dari api neraka pada malam ini hambanya sebanyak bilangan bintang di langit,
sebilangan hari dan malam di dunia, sebilangan daun-daun pepohonan, seberat
gunung-gunung dan sebilangan pasir-pasir.
7. Pada malam Nisfu Sya’ban Allah menambahkan air
Zam Zam.
Faedah amalan pada Nisfu Sya’ban
Disunatkan menghidupkan dan menghidupkan malam
Nisfu sya’ban dengan beribadah seperti sembahyang sunat tasbih, Baca Alquran,
Berzikir, Selawat, dan Berdoa dengan niat:
1. Panjang umur sihat wal’afiat dalam taat dan
ibadah kepada Allah.
2. Selamat dari pada musibah, bala, penyakit,
wabak penyakit.
3. Minta rezeki yang halal dan kaya hati dari
sekalian makhluk dan mati dalam keadaan husnul khatimah baik kesudahan.
4. Dan sekurang-kurangnya pada malam Nisfu Sya’ban
beribadah dengan mengerjakan Solat Isyak berjamaah dan Solat Subuh berjamaah.
Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim..
Jika Engkau takdirkan panjang usiaku
Tetapkanlah aku di jalanMu
Agar aku istiqamah menjejaki keredhaanMu
Teguh menjalankan perintahMu,tunduk pada
ketentuanMu.
Jadikanlah diri ini orang yang selalu
menjauhi laranganMu.
Agar tidak sia-sia sisa umurku berlalu…
Amin
Sumber :
http://www.artikelbagus.com/2016/05/kelebihan-malam-nisfu-syaban.html#
Tidak ada komentar:
Posting Komentar